Monday, 2 March 2015

Alahan

Apa itu Alahan?

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan  seperti debunga,habuk malah makanan.








- Alahan makanan

** Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.

** Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang.

** Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

Alahan serangga


** Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh  lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.

** Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.

** Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke
minggu.

** Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Alahan ubat

** Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.

** Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit. 

** Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin.

Alahan kulit

** Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.

Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.


** Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.

Produk Shaklee membantu mengatasi alergik atau alahan teruk ini ialah :

1) Shaklee Vitamin C 500mg Sustained Release

2) Shaklee Garlic Complex

3) Shaklee Performance Drink


Hubungi saya
Azizah - pengedah sah shaklee 
Kulai, Saleng, Senai
pm/wassap 019 7826564 





No comments:

Post a Comment