Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas..
Kayap adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).
Risiko-risiko utama kayap adalah:
- Umur yang semakin meningkat iaitu 50 tahun ke atas.
- Kelemahan sistem imunisasi (pertahanan badan) yang berpunca daripada jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat (seperti ubat steroid).
Lebih kurang 10 hingga 30 peratus individu akan menghidapi penyakit ini sepanjang hayat. Kayap berpunca daripada pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox).
Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, virus ini menjadi aktif semula dan menyerang urat saraf serta manyebabkan keradangan saraf.
Antara tanda awal kayap ialah:
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat, hingga mengakibatkan demam, keletihan dan sakit kepala.
Tanda-tanda ini dialami sebelum tanda-tanda kulit yang lazimnya dialami 80 peratus pesakit dan akan berterusan untuk tiga hingga lima hari.
Pada peringkat awal, akan ada tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan pada bahagian saraf yang terlibat.
Selepas 1-2 hari, tompok merah akan menjadi gelembong air kecil kekuningan. Dua hari kemudian, air itu menjadi semakin keruh dan akhirnya kering.
Kulit kering (crusts) itu akan jatuh dengan sendiri dalam masa satu hingga dua minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda lazim penyakit ini termasuk gelembong air pada urat saraf pada satu bahagian badan.
Jika anda didapati menghidap penyakit ini, jangan ambil mudah dan perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan komplikasi seperti berikut.
1. Jangkitan kuman
Jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelembong air di kulit antara yang akan dihadapi. Kadang-kadang gelembong itu mungkin merebak ke kawasan lain. Ini selalunya berlaku kepada pesakit yang lemah system imunisasi. Pesakit ini mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
2. Menjadi buta
Jika kayap melibatkan bahagian muka, mungkin memberi kesan kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).
3. Sakit yang berpanjangan
Komplikasi kronik yang lain adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi itu selalunya dialami pesakit yang lebih tua (65 tahun ke atas). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi lain termasuk mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Jika anda menghidap penyakit ini, rawatan segera perlu diambil bagi meredakan kesakitan, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkkan komplikasi penyakit.
Cara terbaik merawat kayap dengan supplement shaklee:
Garlic Complex : bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. Satu lagi kelebihan Garlic Shaklee ialah ia menjanjikan penyakit yang sudah pulih, tidak lagi kembali.
Nutriferon : mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. Jika anda sedang menderita terkena kayap, in shaa Allah Nutriferon membantu menaikkan sistem imun anda dan melawan semua virus-virus yang cuba melawan.
Vivix : Sekiranya anda tidak mahu mengambil Garlic dan Nutriferon, anda boleh jadikan Vivix sebagai penggantinya. Vivix akan membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat. In shaa Allah, amalan vivix untuk kayap akan membantu baikpulih semua sistem saraf yang sudah rosak dan terjejas.
pm/wassap 019 7826564 utk place order
COD area Kulai, Saleng, Senai
Poslaju seluruh Malaysia
pm/wassap 019 7826564 utk place order
COD area Kulai, Saleng, Senai
Poslaju seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment