Wednesday, 25 February 2015

Sakit Buah Pinggang

Assalam..

Kebanyakan kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Walaubagaimanapun, ianya boleh dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau melalui pemeriksaan tekanan darah tinggi. 


Tanda-tanda kerosakan buah pinggang
  • perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
  • letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
  • bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
  • mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
  • terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. 
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.






Punca-punca kerosakan buah pinggang

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus) daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.

Kisah Penyembuhan dengan Vivix Shaklee -  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan

Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.

"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.

"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!













Shaklee distributar
Azizah/mia afiq
pm/wassap 019 7826564
COD area Kulai, Saleng, Senai
Poslaju seluruh Malaysia



No comments:

Post a Comment